Skip to main content

Tenis

Terbuka AS: Auger-Aliassime sudah sedia beri tentangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

felix-auger-aliassime_.jpg
Pemain pilihan ke-12 Kanada, Felix Auger-Aliassime, berasakan sudah 'bersedia untuk mencabar peringkat terbesar' tenis setelah menjadi pemain lelaki pertama yang lahir pada tahun 2000-an yang mara ke separuh akhir kejohanan utama dalam Terbuka AS.

Auger-Aliassime bakal berdepan pilihan kedua, Daniil Medvedev dalam separuh akhir selepas 6-3, 3-1 kemenangan walkover ke atas bintang muda Sepanyol, Carlos Alcaraz, yang mengalami kecederraan kaki kanan selepas meraih dua kemenangan berturut-turut selepas bertarung dalam lima set.

Pemain berusia 21 dari Kanada, yang sebelum ini melangkah ke suku akhir Wimbledon, selepas mengatasi Alcaraz, Francis Tiafoe dan pilihan ke-18, Roberto Bautista Agut, dalam perjalanan ke separuh akhir.

Sebelum saingan Wimbledon, Auger-Aliassime, dia pernah mara melepasi pusingan keempat dalam mana-mana kejohanan utama.

"Ada satu bahagian, saya berasa semakin yakin untuk bermain di peringkat besar ini," katanya kepada ESPN. "Ia tidak menjadi lebih besar daripada ini. Apabila anda berasa selesa di gelanggang ini [Stadium Arthur Ashe], perkara lain semua mula menjadi lebih mudah.

"Saya telah berusaha untuk mengubah mentaliti saya sejak setahun yang lalu untuk lebih konsisten dengan fokus, keyakinan dan kepercayaan diri saya. Saya berasakan saya sudah banyak berkembang sebagai seorang dan pemain dan sekarang saya berasa seperti bersedia untuk mencabar peringkat terbesar sukan ini."

FINAL 4️⃣ #USOpen
Such an amazing run @alcarazcarlos03, hope you have a speedy recovery! pic.twitter.com/dL8HTrBAGs
— Félix AugerAliassime (@felixtennis) September 8, 2021

Pemain Kanada itu akan berdepan naib juara Terbuka Australia 2021, Medvedev, yang mengalahkan Auger-Aliassime dalam satu-satunya pertemuan sebelumnya pada 2018.

"Dia adalah salah seorang pemain terbaik, dia paling kuat di gelanggang keras mungkin sekarang dengan [Alexander] Zverev dan Novak [Djokovic]," kata Auger-Aliassime semasa wawancara pasca perlawanan di gelanggang.

"Saya harus bermain tenis terbaik saya, cuba mengubah sedikit strategi dan cuba lihat apa yang boleh saya lakukan untuk mengganggunya."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video