WTA

Terbuka Amerika Syarikat: Serena singkir Sharapova dalam pusingan pembukaan

Penulis Jemputan 27/08/2019 | 01:45 MYT
Serene Williams mempamerkan persembahan hebat untuk menyingkirkan Maria Sharapova dalam pusingan pertama Terbuka Amerika Syarikat, sebentar tadi.
Bintang Amerika Syarikat itu mencatat 19 kemenangan berturut-turut ke atas Sharapova selepas menang 6-1, 6-1 dalam aksi di Stadium Arthur Ashe.
Williams -- yang kembali ke Terbuka Amerika Syarikat dengan status naib juara selepas tewas di pentas final di tangan Naomi Osaka dalam edisi tahun lalu -- mempamerkan aksi memukau untuk meraih kemenangan dalam tempoh 58 minit di New York.
Pemain berusia 37 tahun itu -- yang kini dalam pemburuan menyamai rekod 24 gelaran grand slam milik Margaret Court -- menunjukkan kekuatan seperti biasa untuk mendominasi perlawanan meskipun melakukan beberapa kesilapan.
Selepas melalui permulaan hebat, dia tidak menunjukkan sebarang kesan daripada kecederaan belakang yang dialami sewaktu terpaksa menghentikan permainan dalam aksi final Piala Rogers apabila meraih pendahuluan serta menamatkan game keempat tatkala Sharapova hanya melihat pukulan kilas dilakukannya terkandas di jaring.
Williams jelas berada dalam prestasi terbaik dan kesilapan berulang daripada pukulan kilas oleh Sharapova membolehkan lawannya itu mendahului 5-1 sebelum menamatkan set pertama.
Sharapova cuba bangkit untuk melawan kekuatan dan ketepatan yang dipamerkan Williams tetapi lawannya itu tetap berupaya mencatat kemenangan dengan penuh bergaya.
Williams selaku pilihan kelapan akan berdepan rakan senegaranya, Caty McNally, dalam pusingan kedua.
;