Skip to main content

Sukan Lain

Terbuka Amerika Syarikat: McIlroy, Day bakal tersingkir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jason-day-rory-mcilroy-170617.jpg
Rory McIlroy dan Jason Day dilihat bakal terpaksa melupakan saingan Kejohanan Golf Terbuka Amerika Syarikat 2017 selepas menamatkan pusingan kedua dengan hambar, semalam.

Turun beraksi di samping pemain kelahiran Afrika Selatan, Justin Rose,  di Erin Hills, kedua-duanya yang menduduki posisi kedua dan ketiga dunia, masing-masing bergelut apabila kembali ke rumah kelab dengan catatan 78 dan 79 pukulan.

McIlroy dilihat berjaya meningkatkan kedudukannya dalam pusingan kedua, dengan catatan 71 pukulan dengan  empat birdie.

Bagaimanapun, dia gagal menempatkan dirinya dalam kelompok 100 terbaik dengan hanya 60 pemain yang akan meneruskan aksi pada hujung minggu.

Sementara Day melalui hari yang buruk apabila 75 pukulannya meletakkan pemain dari Australia itu di kedudukan ke-150 daripada 156 pemain keseluruhan.

McIlroy yang menjuarai kejohanan sama enam tahun lalu kembali selepas pulih daripada kecederaan dan mengakui agak goyah ketika dalam saingan pusingan pertama.

Advertisement

Must Watch Video