ATP
Terbuka AS: Alcaraz tewaskan Ruud untuk bergelar juara, pemain nombor satu dunia
Sepanjang musim bersejarah ini, ketika dia merintis kedudukan tertinggi sepanjang kariernya menerusi musim penuh kedua dalam Jelajah ATP, Carlos Alcaraz tidak pernah sangsi dengan objektifnya untuk memenangi kejohanan grand slam tanpa mengira faktor usia dan pengalamannya.
Dia mempamerkan aksi terbaiknya demi mengejar objektif itu dan berhasil melakukannya dengan bergelar juara Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) sebentar tadi.
Pada usia 19 tahun, dia menewaskan pemain meningkat naik Norway, Casper Ruud, 6-4, 2-6, 7-6, 6-3 untuk bergelar juara Terbuka AS -- dan kejohanan grand slam -- buat kali pertama sepanjang kariernya yang masih hijau.
Dengan kemenangan itu juga, Alcaraz dinobatkan sebagai pemain nombor satu dunia paling muda dalam sejarah sukan berkenaan, di mana dia berada di posisi itu pada usia 19 tahun dan empat bulan -- setahun lebih awal berbanding yang dilakukan pemegang rekod terdahulu, Lleyton Hewitt.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.