ATP

Terbuka AS: Alcaraz bangga jadi pemain nombor satu dunia pada usia 19 tahun

Muzaffar Musa 12/09/2022 | 03:00 MYT
Carlos Alcaraz berbangga apabila impiannya untuk bergelar pemain nombor satu dunia dan menjuarai kejohanan grand slam dapat direalisasikan pada usianya yang baru menginjak 19 tahun.
Pemain remaja Sepanyol itu dinobatkan sebagai juara Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan lawan dari Norway, Casper Ruud, 6-4, 2-6, 7-6, 6-3 dalam aksi final hari ini untuk menjulang trofi grand slam pertama sepanjang kariernya.
Kejayaan itu menjadi lebih manis apabila dia memintas kedudukan jaguh Russia, Daniil Medvedev, selaku pemain lelaki nombor satu dunia dalam sistem ranking ATP hanya pada usia 19 tahun dan empat bulan.
"Ini adalah impian saya sejak kecil, untuk menjadi pemain nombor satu dunia dan menjadi juara kejohanan grand slam," katanya sebaik menjadi pemain nombor satu dunia paling muda dalam sejarah sukan tenis.
"Segala usaha keras yang saya lakukan bersama pasukan saya, bersama keluarga saya, saya baru berusia 19 tahun jadi segala pilihan sukar ditentukan bersama keluarga dan pasukan saya.
"Ini benar-benar sesuatu yang amat istimewa buat saya," katanya lagi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Tenis #Casper Ruud #Tenis Terbuka Amerika Syarikat #Carlos Alcaraz
;