Ketua Pegawai Operasi Malaysia Book of Records, Christopher Wong, percaya acara 'Tepukan Viking' terbesar yang dijayakan oleh seramai 83,520 penyokong dalam final Piala FA 2019 malam tadi akan menjadi penanda aras terbaik untuk menarik perhatian Guinness World Record.
Jelasnya, Guinness World Record masih belum mengiktiraf mana-mana acara 'Tepukan Viking' di serata dunia setakat ini dan Malaysia kali pertama mencatat sejarah untuk meletakkan acara itu dalam Malaysia Book of Records dalam aksi final di antara Perak dan Kedah di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu.
Justeru, Christopher tidak menolak Guinness World Record pastinya akan sedar dengan sejarah baru yang dicipta itu dan tidak mustahil mana-mana negara selepas ini akan mencatat 'Tepukan Viking' terbesar juga untuk berada dalam senarai rekod dunia.
Dalam masa yang sama, beliau berharap selepas ini arena bola sepak tidak pernah berhenti untuk cuba melakar pelbagai lagi sejarah baru untuk catatan Malaysia Book of Records sepertimana yang telah dilakukan oleh ribuan penyokong yang menjayakan acara terbesar itu.
Penulis Jemputan
Sun Jul 28 2019