BOLING
Tenpin Boling Dunia IBF: Natasha, Li Jane tekad terus momentum
Final acara individu wanita Kejohanan Tenpin Boling Dunia IBF di Kuwait semalam berakhir dengan pertembungan di antara dua pemain negara, Natasha Roslan dan Sin Li Jane.
Keputusan memihak Natasha dengan 259 jatuhan pin dengan 65 pin menjadi pemisah.
Dalam blok kedua, Li Jane berkelebihan 76 jatuhan pin namun dalam blok terakhir, Natasha mempamerkan kebangkitan untuk menang 185-165.
Iklan
"Ia satu perlawanan yang baik kerana kami menamatkan cabarn di tempat 1-2.
"Selepas ini kami akan memberi tumpuan kepada acara beregu dan berpasukan dengan harapan meraih keputusan manis," kata Li Jane di Nadi Arena sebentar tadi.
Bagi Natasha, kejayaan ini sesuatu yang membanggakan memandangkan ini kali pertama dia beraksi dalam acara individu di Kejohanan Dunia.
"Ini antara kejayaan paling manis sambil berazam untuk mendapat medal lagi untuk negara," katanya pula.
Must-Watch Video