Pemain tenpin boling kebangsaan, Izz Naqiuddin Islahuddin, mencipta kenangan indah selepas merangkul kejuaraan divisyen terbuka masters dalam Kejohanan Antarabangsa Terbuka Kuala Lumpur hari ini.
Lebih manis buat atlet berusia 21 tahun itu, ketekalan dalam final menerusi 1,993 jatuhan pin cukup untuknya menewaskan senior kem kebangsaan, Muhammad Rafiq Ismail dan Tun Hakim Al Hakim.
Juara Pesta Boling Antarabangsa Pulau Pinang 2023 itu tidak menyangka mampu melakar kemenangan apabila bersaing tanpa sebarang tekanan sambil sekadar memberi tumpuan terhadap prestasi balingannya.
"Dia merupakan idola saya, jadi saya gembira dapat mengatasinya. Ia menambah semangat saya untuk menghadapi kejohanan pada masa akan datang.
"Dengan memakai bola berkualiti tinggi memberikan impak yang bagus. (Lagipun) sebagai pemain kidal, peserta lain tidak kacau lorong saya," kata juara Terbuka Singapura 2024 itu.
Kejayaan itu bukan sahaja menjadi gelaran pertamanya di laman sendiri, malah memberi petanda positif buat masa depan bintang muda negara itu.
"Saya menyasarkan kolompok tiga terbaik dalam Terbuka Singapura selepas ini," katanya.