Selepas disingkirkan oleh Rafael Nadal dalam suku akhir Kejohanan Tenis Masters Indian Wells hari ini, Nick Kyrgios bertekak dengan seorang wartawan yang mempersoalkan tindakannya menghempas raket ke lantai sehingga hampir terkena seorang pengutip bola.
Nadal muncul pemain yang lebih unggul dalam perlawanan itu dengan kemenangan 7-6, 5-7, 6-4 dan selepas bersalaman dengan Nadal dan pengadil perlawanan itu, Kyrgios kemudian menghempas raketnya ke lantai sewaktu menuju ke bangkunya.
Bercakap dalam sidang media selepas itu, Kyrgios kelihatan menyindir dan biadab ketika ditanya mengenai insiden berkenaan.
"Itu soalan yang anda tanyakan selepas tiga jam saya bertarung dengan Nadal -- anda datang ke sini untuk perkara itu?
"Apa yang anda mahu saya katakan tentangnya?
"Adakah jelas saya memang berniat seperti itu? Tidak, kerana adakah pada awalnya saya melempar raket itu ke arahnya? Ia jatuh semeter daripada kaki saya, melantun dan hampir terkenanya. Saya juga manusia.
"Amat jelas ia berlaku seperti itu, ia lantunan yang tidak menasib baik.
"Apa yang anda mahu saya katakan? Ia tiga meter daripada budak itu.
"Saya tidak mahu mencederakannya, ia satu kemalangan dan mujur tidak terkena kepadanya. Ia bukan niat saya, jadi saya bersyukur budak pengutip bola itu tidak apa-apa.
"Ia soalan yang bagus juga, sukar dipercayai,"katanya.

A masterclass ? @RafaelNadal | @BNPPARIBASOPEN | #IndianWells pic.twitter.com/SJBjdtnN6U
— ATP Tour (@atptour) March 18, 2022