Skip to main content

Tenis

Tenis Wimbledon: Serena Williams dapat tiket peluang khas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

serena-williams.jpg
Serena Williams diberikan tiket peluang khas (wild card) untuk beraksi dalam Kejohanan Tenis Wimbledon hujung bulan ini selepas mengesahkan bahawa dia sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaannya setelah setahun berehat.

Pemain berusia 40 tahun itu tidak pernah beraksi secara kompetitif sejak tewas kepada Aliaksandra Sasnovich dalam pusingan pertama kejohanan di SW19 itu tahun lalu dan dia kini berada di ranking ke 1,208 dunia.

Williams menerusi laman sosialnya semalam memberikan gambaran bahawa dia akan kembali beraksi dan kini disahkan bahawa dia akan mengambil bahagian dalam kejohanan grand slam berkenaan.

Juara 23 kali kejohanan utama itu turut akan bersaing dalam kejohanan gelanggang rumput di Eastbourne setelah menerima tiket peluang khas acara beregu bersama Ons Jabeur.

Kejohanan itu akan menjadi persediannya sebelum ke Wimbledon, kejohanan yang pernah dimenanginya sebanyak tujuh kali dengan yang terakhir pada 2016.
 

Advertisement

Must Watch Video