Naomi Osaka sah menarik diri daripada Kejohanan Tenis Wimbledon dengan pihak penganjur mendakwa bahawa ia adalah disebabkan bekas pemain nombor satu dunia itu sedang mengalami kecederaan kaki.
Pengumuman itu tiba selepas Osaka mendedahkan bahawa dia mungkin tidak akan menyertai kejohanan grand slam berkenaan kerana berasakan ia mungkin akan menjadi "seperti pameran".
Ini selepas keputusan All England Club melarang pemain Russia dan Belarus daripada mengambil bahagian dalam kejohanan itu telah menyebabkan Persatuan Tenis Wanita (WTA) dan Persatuan Tenis Profesional (ATP) melucutkan sistem mata ranking di Wimbeldon.
Osaka -- yang merupakan juara grand slam empat kali -- selepas tersingkir dalam pusingan pertama Terbuka Perancis, pernah mendedahkan bahawa dia mungkin tidak akan menyertai kejohanan utama di gelanggang rumput itu.
Pengesahan mengenai ketiadaannya dalam edisi kali ini, yang akan bermula pada 27 Jun depan, datang daripada pihak penganjur selepas namanya dimasukkan dalam senarai tarik diri.
Pemain Jepun berusia 24 tahun itu hanya pernah menyertai Kejohanan Wimbeldon sebanyak tiga kali sepanjang kariernya dan dua kali layak ke pusingan ketiga.
Dia tidak pernah mara lebih jauh tetapi merupakan juara Terbuka Australia sebanyak dua kali dan juara Terbuka Amerika Syarikat juga sebanyak dua kali.

Here’s me running on a underwater treadmill because my Achilles is being stubborn still ? I must be aging or something. pic.twitter.com/vjEIvnxZxX
— NaomiOsaka大坂なおみ (@naomiosaka) June 9, 2022