Skip to main content

Tenis

Tenis Wimbledon: Ons Jabeur dibelenggu kekecewaan edisi tahun lalu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ons-jabeur.jpg
Ons Jabeur mengakui untuk menonton semula kekalahan terakhir Kejohanan Wimbledon tahun lalu kepada Elena Rybakina terlalu menyakitkan tetapi dengan senang hati sedia mengadakan pertemuan ulangan.

Pilihan keenam itu, yang turut tewas kepada Iga Swiatek dalam final Terbuka Amerika Syarikat (AS) tahun lalu, akan menentang pilihan kedua, Aryna Sabalenka, dalam separuh akhir malam ini selepas bergelut daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan Rybakina 6-7 (5), 6-4, 6-1.

Jabeur terlepas mata terakhir dalam set pembukaan tetapi bangkit dengan hebat dengan aksi lebih bertenaga dan melakukan sedikit kesilapan bagi mengukuhkan tempatnya dalam kelompok telah tiga pemain handalan musim ini di samping Sabalenka dan Swiatek.

Justeru, Jabeur menyerahkan kepada jurulatihnya untuk menganalisis perlawanan tahun lalu yang menyaksikannya gagal menyekat kebangkitan Rybakina.

"Saya tidak dapat menontonnya," katanya. 

 
“Sangat, sangat sukar. Hingga ke hari ini, saya tidak dapat menonton perlawanan terbabit. Sebaliknya saya boleh menonton perlawanan hari ini. 

“Malah, menonton rancangan Netflix (dokumentari) itu menyakitkan. Jika saya menonton keseluruhan perlawanan, ia pasti mengerikan.”

Advertisement

Must Watch Video