Skip to main content

Tenis

Tenis Wimbledon: Novak Djokovic nantikan cabaran bintang dalam pembikinan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

novak-djokovic.jpg
Novak Djokovic berharap dapat menunjukkan kepada bintang masa depan, Jannik Sinner, bahawa dia belum bersedia untuk melepaskan mahkotanya di Centre Court itu. 

Pemain berusia 36 tahun itu mengintai kejuaraan kelima berturut-turut di SW19 untuk berdiri setaraf pemegang rekod, Roger Federer, yang menggondol lapan gelaran, tetapi terlebih dahulu haruslah mengatasi Sinner dalam pertarungan separuh akhir malam ini. 

Pemain Itali itu berusia 21 tahun itu tampil di poster rasmi pra-kejohanan di samping Carlos Alcaraz berikutan kedua-duanya dianggap bintang dalam pembikinan. 

Kehadirannya dalam karya seni Grant Gruenhaupt itu mengundang perhatian ramai dan Sinner menepati gembar-gembur itu dengan kemaraan ke separuh akhir grand slam pertamanya.

Djokovic menilai Sinner sebagai bintang masa depan, namun pemain Serbia itu tetap bermotivasi untuk layak ke satu lagi perlawanan akhir.

“Dia bermain di tahap yang sangat tinggi. Dia gemar beraksi di atas rumput,” kata Djokovic terhadap bakal pencabar mudanya itu. 

“Dia sukakan permukaan pantas kerana dia boleh menjadi agresif dan mengawal mata. 

"Baik pukulan ke depan mahupun pukulan kilas, dia memukul bola dengan sangat-sangat keras selain cuba menjadi penentu mata dari awal permainan lagi. 

 


"Saya amat mengenali corak permainannya.

“Dia masih muda, jadi sudah tentu dia dijangka akan bertambah baik. Tidak syak lagi prestasinya kian meningkat, saya fikir daripada segi servisnya. 

"Dia melakukannya dengan lebih baik dan ia jelas menjadi penentu di atas gelanggang rumput.

“Dia seorang pemain yang serba lengkap. Kini dia mara ke separuh akhir Wimbledon buat kali pertama. 

"Saya menantikan cabaran daripadanya. Saya pasti bahawa dia akan begitu bermotivasi untuk menang. Saya juga begitu.”


 

Advertisement

Must Watch Video