Pemain Czech itu muncul sebagai salah satu kejutan terbesar di Kelab All England itu dan menjadi pemain bukan pilihan yang mengecapi kegemilangan berkenaan menerusi kemenangan 6-4 dan 6-4 ketika menentang pemain pilihan, Ons Jabeur.
Lebih mengejutkan, kejayaan Vondrousova itu dibayangi faktor kekecewaan berlarutan yang menimpanya tahun lalu berikutan pembedahan pergelangan tangan selain kegagalannya untuk meneruskan kemaraan ke final Terbuka Perancis 2019 bermakna kontrak penajaannya bersama Nike tidak diperbaharui.
“Kontrak saya tamat tahun lalu dan saya tersisih selama enam bulan,” katanya.
Congratulations Marketa! A huge moment for you and Czech tennis. Enjoy every moment of this victory ??
— Petra Kvitova (@Petra_Kvitova) July 15, 2023
And Ons, sending a big hug, your time will come for sure ?
“Saya agak sedih apabila ia berakhir tetapi saya berazam untuk mengusahakan sesuatu yang lain, saya cuma perlu tunjukkan kepada mereka bahawa saya akan menjadi bagus, saya akan beraksi dengan baik, kemudian lihat apa hasilnya.
"Tetapi saya juga rasa mungkin itu satu perkara yang baik hingga mendorong untuk sampai ke sini.”
Sehubungan itu, dia menyertai Petra Kvitova dan Barbora Krejcikova sebagai juara grand slam yang masih aktif, manakala dia akan membuat penampilan pertamanya dalam kelompok 10 terbaik dan menjadi salah seorang daripada tujuh wanita pemain Republik Czech yang menguasai kelompok 35 teratas.