Ons Jabeur percaya tahap kesabaran yang baru ditemuinya menjadi pendorongnya ke satu lagi pentas Kejohanan Wimbledon.
Pilihan keenam dari Tunisia itu yang merupakan naib juara tahun lalu bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan pemain Belarus, Aryna Sabalenka, 6-7 (5), 6-4 dan 6-3 di Center Court.
Sabalenka, yang digantung penyertaan tahun lalu atas peranan Belarus dalam perang di Ukraine, hanya satu mata untuk menamatkan set pertama apabila 5-3.
Jabeur dilanda kekecewaan selepas tewas kepada Elena Rybakina dalam perlawanan akhir tahun lalu tetapi percaya dia kini merupakan pemain yang berbeza berbanding 12 bulan.
"Mungkin saya yang dahulu akan kalah dalam perlawanan hari ini," katanya.
“Mungkin 12 bulan lalu, sudah pasti saya kalah.
"Saya bekerja keras seperti orang gila. Anda tidak tahu apa yang saya lakukan.
"Setiap kali berdepan halangan, saya cuba perbaiki segala-galanya menerusi kedegilan.
"Ladang-kadang saya menjadi tidak sabar dan tidak bagus.
"Mungkin kecederaan saya melengahkan saya dan mengajar saya supaya bersabar dan menerima apa sahaja yang berlaku."

Operating with an elite new mindset ?#Wimbledon | @Ons_Jabeur pic.twitter.com/6Bm8j28kAu
— Wimbledon (@Wimbledon) July 13, 2023