Skip to main content

Tenis

Tenis Wimbledon: Daniil Medvedev elak kejutan Chris Eubanks ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

medvedev.jpg
Daniil Medvedev memberikan menyekat kemaraan memukau Chris Eubanks dalam Kejohanan Wimbledon yang menakjubkan untuk menempah tempat dalam separuh akhir menerusi kemenangan lima set yang mendebarkan.

Eubanks yang menduduki tangga 43 dunia nampaknya akan sekali lagi menuju kejutan di barat daya London selepas mendahului juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2021 itu 2-1 dalam tie-break set keempat.

Tetapi pilihan ketiga itu bangkit untuk menang 6-4, 1-6, 4-6, 7-6 (4) dan 6-1 di Court One.

 
Pemain Russia tersebut yang mencatat 28 servis ace dalam pertarungan yang berlangsung hampir tiga jam itu kemudian mara ke babak empat terbaik dalam saingan berkenaan buat julung kalinya. 

Eubanks pula tiba di SW19 berbekalkan rekod hanya dua kemenangan grand slam selain pernah mengakui tidak gemar beraksi di atas rumput biarpun memenangi gelaran di Mallorca di atas di permukaan itu pada bulan lalu.

Advertisement

Must Watch Video