Carlos Alcaraz menewaskan rakan seangkatannya berusia 21 tahun, Holger Rune, untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Wimbledon buat kali pertama, awal pagi tadi.
Pemain nombor satu dunia itu serta pilihan keenam tersebut pernah bergandingan dalam acara beregu ketika berusia 14 tahun dan kedua-duanya kini berseteru dalam suku akhir Wimbledon.
Ini pertemuan pertama mereka bertemu dalam grand slam yang disifatkan sebagai pembukaan kepada perseteruan yang mungkin bertahan selama 10 atau 15 tahun, dan pemain Sepanyol itu nyata lebih unggul menerusi kemenangan 7-6 (3), 6-4 dan 6-4 di Centre Court.
“Untuk layak ke separuh akhir di sini, saya rasa telah bermain di tahap yang hebat, saya tidak menjangkakan akan bermain seperti ini di atas permukaan ini jadi bagi saya, ini gila.
“Pada mulanya saya sangat gementar bermain dalam suku akhir apatah lagi menentang Rune, pemain yang sebaya degan saya dan mempamerkan aksi yang hebat.
"Tetapi apabila anda sampai ke suku akhir maka tiada istilah tiada kawan lagi kerana anda perlu fokus terhadap diri sendiri dan saya melakukannya dengan hebat.”

Carlos shines on Centre ?
— Wimbledon (@Wimbledon) July 12, 2023
The world No.1 is through to his first #Wimbledon semi-final after a straight sets victory against Holger Rune pic.twitter.com/MMaGVPwnbe