Skip to main content

Tenis

Tenis Wimbledon: Carlos Alcaraz bukti kejagoan sekat hajat Novak Djokovic

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

carlos-alcaraz.jpg
Carlos Alcaraz meraikan peralihan generasi dalam kancah itu apabila menumbangkan Novak Djokovic dalam salah satu perlawanan akhir Kejohanan Wimbledon menarik yang pernah dilangsungkan.

Pemain muda Sepanyol itu kelihatan meniti laluan untuk bangkit daripada permulaannya yang gugup dengan mendahului lawan dengan dua set untuk memaksa Djokovic sekali lagi menonjolkan daya ketahanannya yang luar biasa.

Bintang Serbia itu cuba menggugat lawannya yang berusia yang berusia 20 tahun itu dalam permulaan set kelima, namun belum juga mampu menyekat kejayaan Alcaraz yang meraih kemenangan 1-6, 7-6 (6), 6-1, 3-6 dan 6-4 selepas bertarung selama empat jam dan 42 minit.

“Saya melakukannya untuk diri sendiri, bukan untuk generasi era ini,” katanya, 

“(Tetapi) menewaskan Novak pada tahap terbaiknya di peringkat ini, untuk melakar sejarah menjadi lelaki yang menewaskannya selepas 10 tahun tanpa kalah di gelanggang ini adalah perkara yang menakjubkan bagi saya.

 

“Ia sesuatu yang saya tidak akan lupakan. Ia juga bagus untuk generasi baharu.

"Saya fikir, melihat saya menewaskannya pasti akan membuat mereka berfikir bahawa mereka juga mampu melakukannya, 

“Ini adalah detik paling menggembirakan dalam hidup saya. 

"Saya fikir ia tidak akan berubah untuk tempoh yang lama. 

"Menewaskan Novak, memenangi kejuaraan Wimbledon, adalah sesuatu yang saya impikan sejak saya mula bermain tenis.”

Advertisement

Must Watch Video