Carlos Alcaraz menafikan bahawa dia sepatutnya diletakkan sebagai pemain pilihan untuk memenangi kejuaraan dalam Kejohanan Tenis Wimbledon memandangkan dia kurang berpengalaman beraksi di atas gelanggang rumput.
Pemain muda Sepanyol itu memperoleh musim terbaiknya selepas menjuarai dua gelaran Masters 1000 ATP di Miami dan Madrid selain turut menjulang trofi di Rio de Janeiro dan Barcelona.
Alcaraz diletakkan sebagai pemain pilihan kelima hanya menerusi penampilan keduanya dalam kejohanan utama di Wimbledon.
Tahun lalu, dia menewaskan Yasutaka Uchiyama dalam aksi lima set sebelum tewas kepada Daniil Medvedev.
Hanya itulah pengalamannya di gelanggang rumput, jadi fokus utamanya di All England Club hanyalah untuk meningkatkan permainannya di atas permukaan gelanggang berkenaan.
"Saya tidak kisah menjadi tumpuan, saya tidak menganggapnya sebagai satu tekanan tetapi apa yang saya dapat lihat adalah saya kini diletakkan sebagai antara pemain pilihan di Wimbledon. Saya tidak menganggap diri saya seperti itu," katanya kepada media Sepanyol.
"Terdapat ramai pemain lain yang lebih bagus daripada saya di atas gelanggang rumput. (Novak) Djokovic, Rafa (Rafael Nadal), (Matteo) Berrettini.. Saya hanya mahu mencuba untuk mendapatkan pengalaman di atas permukaan gelanggang ini.
"Mengetahui bagaimana untuk bergerak dengan baik di atas rumput amat penting. Saya fikir kuncinya adalah untuk mendapatkan keputusan yang baik.
"Saya mencuba untuk meningkatkan pergerakan saya dan segala butiran kecil adalah amat penting di gelanggang ini.
"Menjadi lebih agresif, mencuba untuk memanfaatkan kelebihan pukulan voli saya -- perkara-perkara seperti itu," katanya.

Well played @FTiafoe! ?? @Tennis_Classic pic.twitter.com/sl69mxxEYU
— Carlos Alcaraz (@carlosalcaraz) June 23, 2022