Skip to main content

Tenis

Tenis Wimbledon: Aksi garang bawa Carlos Alcaraz ke final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alcaraz.jpg
Carlos Alcaraz mengesahkan tiket perlawanan akhir Kejohanan Wimbledon selepas menumbangkan Daniil Medvedev di Centre Court, awal pagi tadi.

Pemain berusia 20 tahun itu muncul pemain termuda yang mara ke final menerusi kemenangan 6-3, 6-3 dan 6-3 sejak rakan senegara dari Sepanyol, Rafael Nadal, melakukannya pada 2006.

Pemain nombor satu dunia dan pilihan utama itu akan berhitung dengan Novak Djokovic yang merupakan juara tujuh kali dan 16 tahun lebih tua daripadanya dalam pertembungan menarik awal pagi esok.

pilihan ketiga dan bekas juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Medvedev, cemerlang di atas padang rumput sepanjang dua minggu ini, namun Alcaraz tidak menghiraukan reputasi itu dan pemain kelahiran wilayah Murcia itu garang untuk menempah perhitungan dengan Djokovic. 

Pemain Sepanyol itu berkata: “Seperti yang saya katakan sebelum ini, adalah menjadi impian saya untuk beraksi dalam separuh akhir di sini dan untuk kesempatan dalam final Wimbledon, saya sukar mempercayainya. 

 

“Saya akan menikmati setiap saat yang menakjubkan ini dan terus berlatih.

“Memang sukar untuk menutup perlawanan ini, sata perlu benar-benar fokus menentang Daniil, dia berjuang hingga ke saat akhir.

“Dia seorang pejuang, pelari, pemain yang menakjubkan. 

"Saya terpaksa mempamerkan aksi terbaik pada saat sukar dan bermain secara agresif. 

"Saya perlu menjadi diri sendiri dan itulah kunci untuk menutup perlawanan ini.”

Advertisement

Must Watch Video