TENIS
Tenis Terbuka AS: Servis ampuh bawa Sinner ke separuh akhir!
Pemain nombor 1 dunia, Jannik Sinner, menafikan cabaran bekas juara Terbuka Amerika Syarikat, Daniil Medvedev, dalam aksi penuh tekanan untuk bertemu janji bersama Jack Draper di separuh akhir.
Ibarat melihat siaran ulangan ketika Final Terbuka Australia pada awal Januari lalu yang amat dinantikan ramai, namun kedua-dua pemain ini gagal pamerkan aksi sebenar.
Naib Juara Terbuka Australia 2024, Medvedev bijak mengumpan Sinner dengan 'rally' panjang untuk mencipta kebangkitan di set kedua, tetapi diselubungi tekanan selepas itu, dengan melakukan 6 'double faults' dan 57 'unforced errors'.
Walaupun Sinner tidak berada di tahap terbaiknya tetapi dia jauh lebih ampuh dalam servisnya untuk mengutip mata demi mata sekaligus menundukkan Medvedev 6-2, 1-6, 6-1, 6-4 dalam masa dua jam 39 minit!
Sinner bakal hadapi tugas getir, berdepan 'bff' (best friend forever) yang juga gandingannya dalam karier beregu lelaki, di separuh akhir nanti.