Tenis Terbuka AS: Serena Williams tinggalkan gelanggang dengan penuh emosi
Shaiful Shamsudin
September 3, 2022 12:55 MYT
September 3, 2022 12:55 MYT
Serena Williams beremosi dalam wawancaranya selepas perlawanan di Stadium Arthur Ashe -- yang menyaksikan tiket habis dijual -- selepas tewas kepada Ajla Tomljanovic dalam pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS), sebentar tadi.
Williams akhirnya tewas dalam perlawanan yang berlangsung selama tiga jam dan tujuh minit itu.
Selama 15 minit dalam 'game' terakhir, Williams menyelamatkan lima mata akhir perlawanan sekali gus menggambarkan semangat juangnya hingga ke saat-saat terakhir.
Jika ini sebelum ini dia mengesahkan ini adalah kali terakhirnya dia bertanding dalam Terbuka AS, kini dia mula teragak-agak.
"Ia adalah satu perjalanan yang menyeronokkan. Ia merupakan satu perjalanan dan pengembaraan yang paling luar biasa yang pernah saya lalui, maksud saya, dalam hidup saya.
A speech worth of the ?@serenawilliams | #USOpen pic.twitter.com/0twItGF0jq
— US Open Tennis (@usopen) September 3, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya amat berterima kasih kepada setiap orang yang pernah berkata 'ayuh, Serena' dalam hidup mereka. Saya amat bersyukur," katanya dalam ucapannya yang diawali rasa terima kasihnya atas sokongan keluarga dan peminat terhadapnya selama ini.
Apabila ditanya lagi adakah edisi ini pastinya akan menjadi penyertaan terakhirnya dalam Terbuka AS, Williams teragak-agak memandangkan prestasinya masih di tahap baik dengan membiarkan persoalan itu tergantung.
"Saya beraksi dengan cara ini dan menjadi lebih baik -- saya sepatutnya bermula lebih awal tahun ini," katanya sambil ketawa.
"Saya tidak fikir begitu (penyertaan terakhirnya) tetapi anda tidak pernah tahu. Saya tidak tahu."