Roberto Bautista Agut menamatkan kemarau gelarannya dengan membalas dendam ke atas Nikoloz Basilashvili dalam perlawanan akhir Kejohanan Tenis Terbuka Qatar.
Basilashvili menewaskan Bautista Agut dalam perebutan kejuaraan di Doha tahun lalu tetapi dalam kesempatan kali ini pemain Sepanyol itu menang 6-3, 6-4 awal pagi tadi.
Pilihan kedua itu tidak pernah memenangi kejohanan sejak dinobatkan sebagai juara Terbuka Qatar pada 2019 sebelum mengulangi kejayaan itu dengan straight set.
Bautista Agut bangkit daripada ketinggalan dua set untuk memenangi gelaran ATP ke-10 dalam kariernya dengan menundukkan pilihan ketiga dari Georgia itu.
Pemain nombor 16 dunia berusia 33 tahun itu hanya tercicir satu set sepanjang minggu ini dalam meniti kejayaannya.
Dia berkata: "Ia adalah perlawanan akhir yang sangat sukar. Tahun ini kami beraksi tanpa angin, ia memberikan saya kelebihan.
“Bukan mudah untuk pulih selepas pertarungan yang sangat sukar semalam (kemenangan separuh akhir ke atas Karen Khachanov) tetapi saya fikir saya beraksi dengan baik hari ini.
"Ia adalah gelaran Jelajah ATP ke-10 buat saya dan saya sangat gembira."

The moment @BautistaAgut won his 19th ATP final! ? pic.twitter.com/gYGMzGAIcK
— Tennis TV (@TennisTV) February 19, 2022