Roberto Bautista Agut perlu mengerah keringat sebelum melepasi Karen Khachanov untuk mara ke final Kejohanan Tenis Terbuka Qatar.
Sebelum ini, pilihan kedua dari Sepanyol itu mengatasi Andy Murray dan Alejandro Davidovich Fokina dengan bergaya apabila hanya melepaskan tiga set di Doha tetapi Khachanov terbukti jauh lebih sukar untuk dihadapi.
Selepas permulaan lembab, Bautista Agut akhirnya meningkatkan rentaknya untuk muncul pemenang dengan 2-6, 6-3, 7-5 dalam tempoh dua jam 24 minit bagi mengatur pertemuan dengan pemain Georgia, Nikoloz Basilashvili, dalam perlawanan akhir, awal pagi esok.
Justeru, Bautista Agut memuji lawannya dari Russia itu kerana tidak memberikannya laluan mudah.
“Dia beraksi dengan sangat pantas,” kata Bautista Agut, dipetik di laman sesawang ATP.
"Dia bermain dengan sangat mantap, bertahan dengan sangat baik dan melakukan banyak pukulan hantaran yang sukar dipercayai.
"Saya terpaksa beraksi dengan sangat baik malam ini. Saya sangat menikmati pertarungan malam ini."
Pilihan ketiga, Basilashvili, merupakan juara bertahan minggu ini dan tidak perlu bekerja keras ketika menyingkirkan pemain Perancis, Arthur Rinderknech, 6-4 6-2.

A perfect lob?@BautistaAgut defeats Karen Khachanov 2-6, 6-3, 7-5 to win his place in semifinals?@QatarTennis | #QatarExxonMobilOpen2022 pic.twitter.com/d4QdZbNER5
— ATP Tour (@atptour) February 18, 2022