Skip to main content

Tenis

Tenis Terbuka Perancis: Tsitsipas sengsara lepasi pusingan pertama

tsitsipas.jpg
Stefanos Tsitsipas melengkapkan kebangkitannya selepas ketinggalan dua set untuk menewaskan Lorenzo Musetti 5-7, 4-6, 6-2, 6-3, 6-2 dalam Terbuka Perancis.

Berbekalkan rekod pertemuan 2-0 berdepan Musetti, kali terakhir pilihan keempat dari Greece itu merakam kemenangan serupa adalah ketika mengatasi Rafael Nadal dalam suku akhir Terbuka Australia 2021.

Tsitsipas dituntut menggunakan pengalaman itu dan mengerahkan kudratnya selepas hanya menterjemahkan 60 peratus mata untuk servis pertamanya dalam dua set terawal sebentar tadi.

Begitupun, dia mengubah rentak dalam aksi pusingan pertama grand slam itu dengan memenangi 15 daripada 17 mata dalam set penentuan.

Selepas pertarungan itu, pemain nombor empat dunia tersebut menjelaskan bagaimana dia perlu mengasingkan fokusnya dalam kutipan setiap mata dan membina momentum selepas ketinggalan dua set.

"Kemenangan tidak datang bergolek. ​​Saya enggan berputus asa. Itulah cara ia berfungsi buat saya," katanya. 

"Saya langsung tidak terlintas untuk bangkit selepas ketinggalan dua set. Saya hanya perlu berjuang mata demi mata. Saya hanya berharap usaha ini akan membuahkan hasil dalam skala yang lebih panjang, jangka panjang.

"Berada dalam situasi ini memerlukan pendakian tinggi dan saya berhasil melakukannya selain mendapatkan semula momentum secara berterusan dengan tekal."
 
 

Advertisement

Must Watch Video