Skip to main content

Tenis

Tenis Terbuka Perancis: Peluang lebih cerah buat Novak Djokovic tanpa Rafael Nadal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

djokovic.jpg
Ketiadaan pencabar terhebatnya, Rafael Nadal, dalam undian Terbuka Perancis menerbitkan rasa bercampur-baur Novak Djokovic dalam pemburuan mahkota grand slam di Roland Garros.

Pemain Serbia itu berpeluang menjadi pemain pertama yang memenangi 23 gelaran perseorangan grand slam sekiranya dia menjulang Coupe des Mousquetaires buat kali ketiga dalam tempoh dua minggu lagi.

Djokovic merupakan satu-satunya pemain yang pernah menewaskan Nadal dua kali di Roland Garros tetapi dia juga pernah tumbang lapan kali kepada pemain Sepanyol itu termasuk dalam tiga perlawanan akhir.

“Saya tidak merinduinya berada dalam undian ini,” katanya sambil tersenyum sambil merenung masalah pinggul yang menyebabkan Nadal tidak dapat beraksi sejak Januari lalu, hingga pada awal bulan ini mendorong pengumumannya bahawa musim depan bakal menjadi kempen terakhirnya. 


 


“Saya tidak gemar melihatnya dalam undian Roland Garros. 

"Saya tidak begitu berjaya ketika berdepan dengannya. 

"Saya memang pernah menewaskannya dua kali tetapi ketika itu saya perlu mencurahkan sepenuh hati dan keberanian saya di atas gelanggang demi mencapainya.”

Advertisement

Must Watch Video