TENIS
Tenis Terbuka Perancis: Karolina Muchova hancurkan impian pilihan kedua Sabalenka ke final
Karolina Muchova menempah tiket pertemuan akhir dengan juara bertahan Terbuka Perancis, Iga Swiatek, selepas menumbangkan Aryna Sabalenka, awal pagi tadi.
Pemain bukan pilihan dari Republik Czech itu bangkit daripada ketinggalan 2-5 dalam set penentuan untuk meraih kemenangan 7-6(5), 6-7(5), 7-5 dalam satu pertarungan sengit yang berlangsung selama tiga jam 13 minit.
Ia merupakan satu persembahan yang menakjubkan daripada Muchova, namun bagi juara Terbuka Australia, Sabalenka yang berkesempatan memegang mata akhir perlawanan, berputih mata apabila sekadar mengutip empat daripada 24 mata seterusnya.
Iklan
“Saya mendapat momentum yang lebih baik,” kata pemain nombor 43 dunia itu.
Keeping us guessing until the very end ?After the tightest of battles, it’s @karomuchova7 who prevails against world No.2 Sabalenka 7-6(5), 6-7(5), 7-5 to make her first Grand Slam final.#RolandGarros pic.twitter.com/KAoq24tav9— Roland-Garros (@rolandgarros) June 8, 2023
“Saya nampak dia sedikit bergelut selain kerap melakukan kesilapan. Saya hanya perlu cuba kekalkan dia sebegitu."
Keputusan itu menyaksikan hajat untuk melihat dua pemain terbaik dunia berentap tidak menjadi kenyataan yang menyaksikan Swiatek menepati ramalan ke final menerusi kemenangan 6-2, 7-6 (7) ke atas Beatriz Haddad Maia dan akan menjadi pilihan utama untuk memenangi mahkota Roland Garros ketiga dan gram slam keempat peribadinya.
Must-Watch Video