Tenis Terbuka Perancis: Gemuruh punca Carlos Alcaraz ditundukkan Novak Djokovic
Shaiful Shamsudin
Jun 10, 2023 08:38 MYT
Jun 10, 2023 08:38 MYT
Carlos Alcaraz mengakui masalah ketegangan yang dialaminya menjadi batu penghalangannya untuk melepasi rintangan Novak Djokovic dalam separuh akhir Terbuka Perancis, awal pagi tadi.
Pemain berusia 20 tahun itu baru sahaja memenangi set kedua untuk menyamakan kedudukan dan di landasan kemenangan tetapi dalam game kedua set ketiga, seluruh badannya mula terasa semacam.
Alcaraz tetap meneruskan perjuangan tetapi hanya mampu menawan satu game untuk Djokovic menang 6-3, 5-7, 6-1, 6-1, seterusnya ke final grand slam ke-34 peribadinya.
Pemain Sepanyol tersebut kelihatan lebih cemas daripada biasa di peringkat awal pertemuan itu dan dia mengakui ditimpa kekejangan dengan berkata: “Ia berpunca daripada ketegangan perlawanan.
“Saya memulakan perlawanan dengan sangat gementar. Saya berasa tegang dalam set pertama dan set kedua. Ia adalah dua set yang sangat sengit.
Make it 2️⃣0️⃣ straight Grand Slam match wins to reach the final ?#RolandGarros pic.twitter.com/4XTTioX40F
— Roland-Garros (@rolandgarros) June 9, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya tidak pernah berasakan sesuatu seperti hari ini. Saya tidak pernah berasakan ketegangan sebagaimana dalam perlawanan ini.
“Saya mengecewakan diri sendiri dan dalam perlawanan seperti ini walaupun turun dengan perasaan yang hebat, berasa hebat daripada segi fizikal.
"Kekejangan mula berlaku di penghujung set kedua, permulaan set ketiga.
"Ia benar-benar mengecewakan.”