Coco Gauff yang ditimpa kekecewaan terpaksa menghadam kekalahan ketujuh berturut-turutnya kepada Iga Swiatek yang menyaksikan juara bertahan itu meneruskan kemaraan ke separuh akhir Terbuka Perancis, awal pagi tadi.
Kali terakhir mereka bertembung adalah dalam final 12 bulan lalu yang menyaksikan Gauff pernah menang empat kali tetapi pemain Amerika Syarikat (AS) itu gagal memenangi sebarang set dalam enam aksi terakhir mereka.
Statistik itu berterusan dan walaupun Gauff mempamerkan pelan permainan yang baru dan memberi tekanan kepada pemain nombor satu dunia tersebut dalam kekalahan 4-6, 2-6.
"Jelas sekali saya tumpas kepada pemain yang sama sebanyak tujuh kali, saya berasa teruk," katanya yang cuba menahan sebak.
“Ia langsung tidak menyeronokkan tetapi setiap kali saya menentang dengannya, saya tidak pernah memikirkan rekod terdahulu.
"Jika saya percaya bahawa saya akan kalah sebelum bertarung, maka saya tidak akan menang.
"Tetapi jelas sekali apabila ia berakhir, ya, ia satu perasaan yang tidak menyenangkan."
Shaiful Shamsudin
Thu Jun 08 2023