Skip to main content

Tenis

Tenis Terbuka Nottingham: Raducanu kelu dilanda kecederaan menjelang Grand Slam Wimbledon

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

raducanu.jpg
Emma Raducanu masih kabur sama ada sempat cergas untuk menghadapi Terbuka Wimbledon selepas terpaksa menarik diri dalam pusingan pertama Terbuka Nottingham, sebentar tadi. 

Pilihan kedua itu berkata selepas 36 minit permainan, dia mula digugat kecederaan di sebelah kaki kirinya ketika ketinggalan 3-4 kepada Viktorija Golubic dalam set pembukaan.

Pemain berusia 19 tahun itu dijadualkan akan beraksi di Birmingham minggu depan sebelum ke acara Grand Slam berkenaan di mana dia mara ke pusingan keempat tahun lalu.

Juara Terbuka Amerika Syarikat itu, yang membuat penampilan pertama Jelajah WTA di Nottingham tahun lalu, belum pasti adakah dia akan pulih tepat pada masanya untuk beraksi di Kelab All England berkenaan. 

 
"Saya dapat rasa ketegangan tapi saya tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku," katanya.

"Saya baru sahaja meninggalkan gelanggang, ini satu kecederaan yang luar biasa. Saya tidak tahu apa yang boleh saya lakukan dengan lebih lanjut mengenainya. Itu sahaja.

"Saya tidak tahu (mengenai peluang ke Wimbledon). Boleh jadi ia satu kekejangan yang melarat menjadi kecederaan kemudian ia makin teruk untuk beberapa hari ini. Saya tidak pasti. Saya tidak boleh mendiagnosis diri sendiri. Saya akan memeriksanya."

Raducanu menjadi satu-satunya pemain pilihan yang tersingkir dengan pilihan utama, Maria Sakkari, mengatasi Camila Osorio 6-2, 6-3 untuk menempah pertemuan dengan Rebecca Marino. 

Advertisement

Must Watch Video