Skip to main content

Tenis

Tenis Terbuka Miami: Pilihan utama, Zverev, disingkir Arthur Fils

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zverev.jpg
Ada kejutan di saingan pusingan keempat perseorangan lelaki apabila pilihan utama Alexander Zverev disingkirkan Arthur Fils.

Menang di set pertama 6-3 selepas mendominasi gelanggang, Zverev gagal mengekalkan rentaknya di set kedua.

Situasi tersebut dimanfaatkan Fils, yang kali terakhir mengalahkan Zverev di final Terbuka Hamburg 2024 -- selepas mendahului 4-2, Fils melengkapkan kebangkitan nya dengan kemenangan 6-3.

Tetapi Zverev, yang sudah pun mengatasi Fils sebanyak 3 kali sebelum ini, kembali lebih menyerlah di awal set ketiga untuk mendahului 3-1.

Malangnya, finalis Terbuka Australia tahun ini, Zverev tidak mampu mengekang asakan dari Fils, yang berjaya mengikat kedudukan 3-3, sebelum menempah tiket ke suku akhir kedua tahun ini di Kejohanan Jelajah ATP 1000.
 

Advertisement

Must Watch Video