Skip to main content

Tenis

Tenis Terbuka Madrid: Zverev mandi peluh sebelum jinakkan Davidovich

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tenius.jpg
Pemain tenis Jerman, Alexander Zverev, terselamat daripada ujian besar daripada pemain Sepanyol, Alejandro Davidovich Fokina, semalam di Kejohanan Tenis Terbuka Madrid, dimana dia memperoleh kemenangan pusingan ketiga yang mendebarkan 2-6, 7-6(3), 7-6(0), untuk mara ke pusingan 16 terbaik esok.

Menghadapi Davidovich Fokina yang bersemangat dan penonton Sepanyol yang lantan dengan sorakan di dalam Stadium Manolo Santana, Zverev mengatasi detik-detik kesukaran untuk mengekalkan harapan kejuaraannya.

"Set pertama bukanlah permainan terbaik saya tetapi ia adalah sukan dan ia boleh berubah dengan cepat,Saya ketinggalan satu set dan rehat dan saya terpaksa bertarung. Saya sangat gembira dengan kemenangan itu. Alejandro pamer aksi yang terbaik dalam hidupnya, jadi saya gembira kerana berjaya mengatasinya" kata Zverev.

Selepas kehilangan set pertama, Zverev bangkit daripada ketinggalan pada set kedua, dia memastikan raih mata demi mata di tiebreak dan akhirnya mara selepas 2 jam 44 minit.

Advertisement

Must Watch Video