TENIS
Tenis Terbuka Madrid: Nadal hempas-pulas ke suku akhir
Rafael Nadal menafikan empat mata akhir sebelum menewaskan David Goffin 6-3, 5-7, 7-6 (11-9), sebentar tadi, untuk menempah tempat ke suku akhir Terbuka Madrid.
Juara lima kali di ibu negara Sepanyol itu menghampiri pencapaian 37 gelaran ATP Masters 1000 milik Novak Djokovic, minggu ini.
Kembali beraksi buat kali pertama sejak tewas kepada Taylor Fritz dalam perlawanan akhir Indian Wells sebelum mendapatinya mengalami kepatahan tulang rusuk, kesempatan itu cuba digunakan sebaik mungkin oleh Goffin.
Iklan
Malah, pemain kelayakan Belgium itu memenangi empat game berturut-turut ketika ketinggalan 3-5 dalam set kedua untuk mengheret ke set penentuan tetapi ia tetap belum cukup untuknya lolos ke suku akhir.
— ATP Tour (@atptour) May 5, 2022
Nadal yang mara ke suku akhir bertaraf Masters 1000 itu buat kali ke-99 bakal mengadakan pertarungan dengan rakan senegara, Carlos Alcaraz.
Pemain yang menyambut ulang tahunnya yang ke-19 semalam itu meraikannya dengan kemenangan 6-4, 6-7 (4-7), 6-3 ke atas pemain Britain, Cameron Norrie.
Juara bertahan, Alexander Zverev, pula mara ke suku akhir buat rentetan kelima kejohanan ini selepas menewaskan Lorenzo Musetti yang terpaksa menarik diri gara-gara tkecederaan paha sejurus tewas dalam set pembukaan ketika ketinggalan 3-6, 0-1.
Must-Watch Video