TENIS
Tenis Terbuka Madrid: Alcaraz mula pasang angan-angan buru grand slam
Carlos Alcaraz mengisytiharkan dia sudah bersedia memburu gelaran Terbuka Perancis selepas pemain sensasi remaja itu menikmati kegemilangan Terbuka Madrid.
Pemain berusia 19 tahun itu menewaskan Alexander Zverev 6-3, 6-1 dalam masa 1 jam 2 minit, awal pagi tadi, bagi menyusuli rentak kemenangan tiga setnya yang sukar ketika berentap dengan dua bintang utama abad ini, Rafael Nadal dan Novak Djokovic.
Dia kini secara meluasnya dianggap sebagai bintang grand slam pada masa depan tetapi terlebih dahulu perlu mengesahkan status pertamanya.
Iklan
Pemain Sepanyol itu telah memenangi empat siri jelajah sepanjang tahun ini dan berkata di TV Tennis: "Ya, saya fikir saya sudah bersedia untuk memenangi grand slam. Saya fikir saya sudah bersedia untuk melakukannya.
2 - Carlos #Alcaraz is the second-youngest player to win two Masters 1000 titles, at 19 years old, after Rafael #Nadal won Monte-Carlo and Rome in 2005, at the age of 18. Formidable. pic.twitter.com/UokEXhFzIZ— OptaAce (@OptaAce) May 8, 2022
"Ini menjadi sasaran saya pada tahun ini, cuba dapatkan grand slam sulung.
"Saya akan berusaha untuk itu dan mari lihat apa yang akan berlaku di Roland Garros kelak."
Terbuka Perancis akan bermula pada 22 Mei ini sambil Alcaraz memutuskan untuk tidak menyertai Internazionali d'Italia bagi memastikan dia mendapatkan rehat dan fokus yang tepat sempena kejohanan di Paris kelak.
Must-Watch Video