Bekas pemain nombor satu dunia, Daniil Medvedev, merekodkan kemenangan ke-400 karier dalam siri Jelajah ATP apabila menewaskan lawan dari Perancis, Quentin Halys, dalam aksi straight set, 6-2, 7-5 di Kejohanan Tenis Terbuka Halle, semalam.
Selepas prestasi hambar dipamerkan baru- baru ini di Roland Garros dan Terbuka Libema, pemain kelahiran Rusia itu kembali bangkit untuk mara ke pusingan suku akhir Terbuka Halle.
Medvedev kini menjadi pemain tenis profesional ketiga yang lahir pada 1990 ke atas untuk mencapai prestasi itu selain Alexander Zverev (496 menang) dan Grigor Dimitrov (473 menang).
Sebagai rekod, Medvedev merekodkan kemenangan jelajah ATP pertamanya pada tahun 2016 di mana dia menewaskan pemain Argentina, Horacio Zeballos di Hertogenbosch.
"Jika saya perlu pilih satu aksi yang paling mencabar, saya memilih perlawanan menewaskan Novak Djokovic di Terbuka Amerika Syarikat oleh kerana itu adalah satu-satunya Grand Slam saya." katanya
Namun, Medvedev seharusnya kekal fokus untuk mengharungi cabaran akan datang di pusingan suku akhir dimana dia bakal bertemu Alex Michelsen esok dan berpeluang bertemu pemain ranking ketiga dunia, Alexander Zverev, jika berjaya mara ke separuh akhir.