SUKAN LAIN
Tenis Terbuka Indian Wells: Alcaraz muncul juara, lonjak ke
Carlos Alcaraz merampas semula ranking nombor satu dunia selepas mendominasi Daniil Medvedev untuk menjulang gelaran Terbuka Indian Wells buat kali pertama semalam.
Medvedev masuk ke dalam aksi penentuan dengan 19 kemenangan berturut-turut aksi Jelajah ATP, tetapi Alcaraz mudah mengatasi wakil Russia itu, menang 6-3 6-2 dalam masa 72 minit.
Kejayaan Alcaraz itu bermakna dia memiliki tiga gelaran Masters dan ia memastikan dia kembali ke puncak ranking mengatasi juara Terbuka Australia 2023, Novak Djokovic, yang tidak menyertai Indian Wells.
Iklan
Juara Terbuka AS 2022 itu telah memenangi dua daripada tiga acara sejak kembali selepas tiga bulan berehat kerana kecederaan perut dan hamstring yang memaksanya terlepas Terbuka Australia.
Carlitos is bringing the HEAT ?@carlosalcaraz | @BNPPARIBASOPEN | #TennisParadise pic.twitter.com/QPXzpGY2Ia— ATP Tour (@atptour) March 19, 2023
Must-Watch Video