Carlos Alcaraz perlu mengerah keringat untuk bangkit daripada ketinggalan satu set sebelum mengatasi Nicola Kuhn dalam pusingan pertama Terbuka Hamburg, awal pagi tadi.
Usaha keras pemain remaja Sepanyol berbakat besar itu akhirnya mendapat pulangan berbaloi apabila menewaskan peserta tiket khas dari Jerman berkenaan 3-6, 6-1, 7-6 (7-3).
Kuhn, yang berada di ranking ke-259 dunia, pada awal permainan bertindak agresif untuk mendominasi dihadiahkan dengan set pertama.
Tetapi pemain berusia 19 tahun itu -- turun sebagai pilihan utama dalam Jelajah ATP -- bangkit menawan set kedua sebelum dipaksa bekerja lebih keras untuk meraih kemenangan dalam tie-break.
Alcaraz akan menentang Filip Krajinovic dalam pusingan kedua selepas pemain Serbia itu turut memenangi tie-break set ketiga ketika berdepan Sebastian Baez untuk kesudahan 6-1, 4-6, 7-6 (8-6).
Tiga pemain pilihan tersingkir secara straight set yang menyaksikan pilihan ketiga, Diego Schwartzman, tewas kepada Emil Ruusuvuori dan pilihan keenam, Nikoloz Basilashvili, disingkirkan Aslan Karatsev sementara pilihan kelapan, Holger Rune, tumbang kepada Tallon Griekspoor.
Pilihan keempat, Pablo Carreno Busta, pula mengatasi Luca Nardi 6-2, 6-1 selain kemenangan Fabio Fognini yang melakar kemenangan ke-400 dalam kariernya.

Moving through to the ➡️ round! @carlosalcaraz defeats Nicola Kuhn 3-6 6-1 7-6 to advance in Hamburg! @hamburgopen | #hamburgopen pic.twitter.com/4W4SYbUYQU
— ATP Tour (@atptour) July 19, 2022