Skip to main content

Tenis

Tenis Terbuka Estoril: Dominic Thiem tiada masalah lolos ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dominic-thiem.jpg
Dominic Thiem terus memperagakan prestasi cemerlangnya dalam Terbuka Estoril menerusi kemaraan ke suku akhir sambil dibayangi penyingkiran pilihan kedua, Hubert Hurkacz.

Pemain Austria itu meneruskan rentak kemenangan dalam  pusingan pertamanya selepas mengetepikan rakan senegaranya,  Sebastian Ofner, menerusi kemenangan 6-2, 6-2 ke atas peserta dari Amerika Syarikat (AS), Ben Shelton, awal pagi tadi. 

Ia membawa pemenang Terbuka AS 2020 itu ke peringkat lapan terakhir di mana dia akan menentang Quentin Halys selepas pemain Perancis tersebut menumbangkan pilihan keempat, Roberto Bautista Agut, dalam kemenangan 7-6 (7-5), 7-5.

Bagaimanapun, jejak itu tidak akan disertai Hurkacz selepas pemain Poland berkenaan dikejutkan pemain bukan pilihan, Bernabe Zapata Miralles.
   

Advertisement

Must Watch Video