Tenis Terbuka AS: Emma Navarro ke separuh akhir grand slam pertamanya

Sabrina Mustaffa
September 4, 2024 14:32 MYT
Emma Navarro mempamerkan aksi menakjubkan apabila mara ke separuh akhir grand slam pertamanya dengan kemenangan ke atas pemain Sepanyol, Paula Badosa.
Pemain Amerika Syarikat itu, yang menundukkan juara bertahan, Coco Gauff, dalam pusingan keempat, tenang mengawal permainan dengan menghalakan bola ke segenap penjuru gelanggang untuk menyukarkan Badosa melakukan 'return', sekaligus mendominasi set pertama dengan 6-2.
Skrip berbeza dalam set kedua dengan kebangkitan cuba dilakar juara Terbuka Washington bulan lalu, Badosa, apabila kembali mendapat rentak untuk imbangi permainan dan mendahului 4-1.
Namun, 'unforced error' yang dilakukan Badosa diambil kesempatan sebaiknya pilihan ke-13 kejohanan itu untuk mengejar lalu mengungguli set kedua dengan keputusan 7-5 dalam masa 72 minit.
Navarro bakal menentang juara bertahan dua kali Terbuka Australia, Aryna Sabalenka, dalam separuh akhir pada 6 September ini.
"Tenis","Tenis Terbuka Amerika Syarikat","Grand Slam"
;