TENIS
Tenis Terbuka Australia: Nikmati aksi beri Barty dorongan
Ash Barty memberi tumpuan untuk menikmati pertarungannya ketika mengelak daripada tertekan memenuhi jangkaan tinggi terhadapnya untuk merangkul kejuaraan Terbuka Australia.
Pemain berusia 25 tahun itu menamatkan penantian 44 tahun Australia untuk menjuarai acara perseorangan wanita di Melbourne dengan menewaskan Danielle Collins 6-3, 7-6 (7-2), malam tadi.
Pemain nombor satu dunia itu merangkul gelaran grand slam ketiganya dan menjulang trofi berkenaan tanpa tercicir satu set pun.
Iklan
Semua mata terarah kepada misi anak jati itu untuk menamatkan kemarau kejuaraan di tempat sendiri, tetapi jaguh Wimbledon tersebut menjelaskan keupayaannya untuk turun menikmati perlawanan sahaja menjadi kunci kejayaannya.
"Saya fikir harapan terhadap saya adalah mempamerkan persembahan terbaik, itu sahaja yang sering saya lakukan," katanya dalam sidang akhbar.
"Saya tidak pernah berada di kedudukan yang begitu hampir seperti ini, tetapi saya fikir sekarang kita telah mencapai titik akhirnya, saya fikir anda tidak perlu bercakap mengenainya lagi.
"Anda menyemarakkan lagi pertemuan ini, tapi bagi pemain ia adalah proses dan keseronokan yang sama tanpa mengira di mana kami bermain di dunia ini mahupun dalam sebarang pusingan. Ia tidak memberi kesan kepada rentak permainan saya. Saya menikmati perlawanan serta turun untuk mencuba dan bersaing.
"Saya fikir ia lebih memudahkan kami mengecapi kejayaan dengan menikmatinya. Maksud saya, dua minggu ini, tujuh kali saya perlu keluar ke gelanggang dengan peminat yang luar biasa ini untuk mencuba dan melakukan yang terbaik selagi terdaya, itu sahaja yang saya boleh persoalkan kepada diri sendiri.
"Sekarang, kejayaan meraih sebahagian daripada impian ini adalah menakjubkan.
"Saya fikir saya perlu benar-benar memahami bahawa ia datang daripada proses yang kami lakukan bersama-sama pasukan dan orang di sekeliling saya.
"Tanpa mereka, saya tidak akan menjadi seperti sekarang."
— #AusOpen (@AustralianOpen) January 29, 2022
Lebih menarik, Barty bangkit daripada ketinggalan 1-5 dalam set kedua untuk mengatasi Collins tidak hairanlah dia menjerit sepuasnya sebaik memuktamadkan kemenangannya.
"Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan atau apa yang perlu dirasai dan saya hanya mahu melepaskan sedikit emosi yang agak luar biasa bagi saya.
"Saya harap dapat meraikannya bersama semua penyokong di sini, tenaganya amat luar biasa malam ini," katanya.
“Segala usaha yang dicurahkan saya dan pasukan yang melaksanakan tugas di belakang tadbir sejak beberapa tahun kebelakangan ini, untuk sampai ke tahap ini dan meraih peluang ini adalah sesuatu yang sangat istimewa.
"Ia bercampur-aduk dan ya, ini adalah detik yang sangat istimewa."
Must-Watch Video