TENIS
Tenis Terbuka AS: Aryna Sabalenka ke separuh akhir grand slam keempat musim ini
Aryna Sabalenka mempamerkan ketangkasan untuk selayaknya diangkat sebagai pemain nombor satu dunia dengan menewaskan pemain muda China, Zheng Qinwen, untuk mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS).
Pilihan kedua dari Belarus itu bakal berada di puncak ranking dunia dengan memintas kedudukan Iga Swiatek pada minggu depan bagi menamatkan penguasaan bintang Poland tersebut selama 75 minggu.
Dia mara ke separuh akhir di Flushing Meadows awal pagi tadi untuk tahun ketiga berturut-turut menerusi kemenangan 6-1, 6-4 dalam masa 1 jam dan 13 minit.
Zheng, 20, yang beraksi dalam suku akhir grand slam pertamanya, hanya meraih empat daripada 24 mata pertama perlawanan yang menyaksikan Sabalenka mendahului 5-0.
Dia mula memberi tentang dalam servis game keenam, tetapi Sabalenka tidak menoleh ke belakang lagi untuk menamatkan set pertama dalam masa 27 minit sahaja.
Zheng yang merupakan pilihan ke-23 berusaha lebih keras lagi dalam set kedua tetapi Sabalenka sudah pun memasang tekad untuk muncul pemain wanita pertama yang mara ke separuh akhir keempat-empat grand slam pada tahun yang sama sejak Serena Williams melakukannya pada 2016.
Pemain berusia 25 tahun itu hanya tercicir 21 game dalam 10 set sepanjang lima pusingan kempen di New York berkata: “Saya pastinya telah beraksi hebat.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya sangat gembira dengan persembahan ini dan memberikan diri sendiri peluang untuk melakukan yang lebih baik dalam separuh akhir.
"Saya akan melakukan segala yang termampu untuk kekal hingga ke final."