Skip to main content

Tenis

Tenis Terbuka Amerika Syarikat: Carlos Alcaraz muncul juara kali kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tneis.jpg
Pemain tenis berprolifik Sepanyol, Carlos Alcaraz, mencipta sensasi apabila membenam seteru utamanya iaitu Jannik Sinner dalam pertemuan empat set 6-2, 3-6, 6-1, 6-4 untuk meragkul kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat buat kali kedua.

Sejurus aksi dimulakan, Alcraz terus mempamerkan dominasinya di atas gelanggang dan memaksa Jannik Sinner berdepan break point seawal set pertama.

Kemudian, Sinner berjaya bangkit dalam set kedua sebelum tidak mampu menghalang segala asakan Alcaraz dalam set ketiga dan keempat.

 


Untuk rekod, ini merupakan kejuaraan Grand Slam keenam buat Alcaraz sepanjang karienya dan juga gelaran kedua selaku juara Terbuka Amerika Syarikat sejak edisi 2022.

Advertisement

Must Watch Video