TENIS
Tenis Terbuka AS: Alexander Zverev bukan tandingan Carlos Alcaraz
Carlos Alcaraz semakin dekat untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan Alexander Zverev untuk mara ke separuh akhir, sebentar tadi.
Pemain nombor satu dunia dari Sepanyol itu menjadi pemain kedua dalam era terbuka di belakang Andre Agassi untuk mara ke separuh akhir di Flushing Meadows buat kali tiga kali sebelum mencecah usia 21 tahun.
Alcaraz yang mengintai kejuaraan berganda selepas Wimbledon akan menentang pilihan ketiga dari Russia, Daniil Medvedev, esok dan kekal di landasan untuk mengadakan satu lagi pertembungan final dengan Novak Djokovic yang ditewaskannya dalam aksi epik di SW19, Julai lalu.
Iklan
Zverev yang merupakan pilihan ke-12 telah membuktikan bahawa dia mampu kembali ke puncak selepas lapan bulan berehat akibat kecederaan buku lali yang dialaminya ketika menentang Rafael Nadal dalam Terbuka Perancis tahun lalu.
Begitupun, naib juara 2020 itu belum cukup mengekang kemaraan Alcaraz itu yang unggul 6-3, 6-2, 6-4 di Stadium Arthur Ashe dalam masa 2 jam 29 minit.
“Untuk berdepan dengannya dalam suku akhir grand slam di sebalik prestasi terbaiknya, saya sangat gembira,” kata Alcaraz mengenai lawannya.
"Kami menikmati pertemuan ini dan kami sangat gembira untuk bertemunya semula."The top two players in the win column this year will clash for a spot in the final! pic.twitter.com/VwaKT4Whvd— US Open Tennis (@usopen) September 7, 2023
Pemain berusia 20 tahun itu menambah: “Saya berasa selesa bermain di gelanggang ini, bermain di New York.
“Saya menonjolkan tahap terbaik. Saya berasa sihat daripada segi fizikal dan bersedia untuk perlawanan yang baik dalam separuh akhir.”
Must-Watch Video