Roberto Bautista Agut akan menjadi halangan terakhir untuk Stefanos Tsitsipas memenangi gelaran pertamanya di atas gelanggang rumput.
Melakukan penampilan pertamanya dalam Kejohanan Tenis Mallorca, Tsitsipas layak ke final selepas menewaskan Benjamin Bonzi 6-4, 6-4 awal pagi tadi.
Pemain nombor enam dunia itu kini telah mengumpulkan empat aksi final sepanjang musim ini dengan satu daripada tiga aksi final terakhir itu memberikannya gelaran di atas gelanggang tanah liat Masters Monte Carlo.
ia merupakan pertemuan kedua Tsitsipas dan Bonzi sepanjang dua minggu ini, di mana pemain Greek berkenaan turut menewaskan Bonzi dalam Terbuka Halle.
Menjelang Kejohanan Wimbledon minggu depan, Tsitsipas kini mendahului senarai terbanyak dengan 39 kemenangan sepanjang musim ini tetapi menantinya dalam penentuan gelaran adalah bintang Sepanyol, Bautista Agut, yang mara ke final buat kali ke-20 sepanjang kariernya dengan menewaskan Antoine Bellier 7-6, 6-2 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

1 - Stefanos #Tsitsipas, at the Mallorca Championships, has reached his first career ATP-level final on grass. Novelty.#ATP #MallorcaChampionships pic.twitter.com/CYrwfVBH6h
— OptaAce (@OptaAce) June 24, 2022