Pemain pilihan utama, Daniil Medvedev, tersingkir daripada Kejohanan Tenis Mallorca selepas tewas di tangan Roberto Bautista Agut dalam suku akhir awal pagi tadi.
Juara bertahan, Medvedev, mempamerkan aksi mantap ketika menewaskan Bautista Agut, di Halle minggu lalu.
Bagaimanapun, pemain Sepanyol berkenaan melunaskan dendamnya dalam pertemuan kali ini dengan kemenangan 6-3, 6-2, yang merupakan kemenangan keempatnya daripada lima pertemuan dengan pemain nombor satu dunia itu.
"Saya perlu bermain dengan amat-amat baik untuk menewaskan Daniil," kata bekas semifinalis Kejohanan Wimbledon itu.
"Dia pemain nombor satu dunia, juara bertahan di Mallorca dan dia baru sahaja menewaskan saya beberapa hari lalu.
"Saya beraksi dalam perlawanan yangh amat mencabar. Saya lebih yakin dengan permainan saya, pukulan yang amat kuat dan padu. Saya fikir saya telah bermain dengan amat baik," katanya.
Menanti juara Terbuka Doha itu dalam separuh akhir adalah pemain Switzerland, Antoine Bellier, yang menewaskan wakil Belanda, Tallon Griekspoor, 5-7, 7-6, 6-2.