TENIS
Tenis Kuala Lumpur: Koay Hao Sheng kekal reputasi sang juara
Pemain tenis negara yang juga pemenang dua pingat gangsa Sukan SEA Kemboja Mei lalu, Koay Hao Sheng, mempertahankan gelaran Kejohanan Tenis Terbuka Kuala Lumpur selepas menewaskan pemain dari Indonesia, Rifqy Sukma, dalam aksi straight set 6-1, 6-3 di Pusat Tenis Kompleks Sukan Jalan Duta, hari ini.
"Saya berdepan tekanan untuk pertahankan gelaran.
"Tapi saya berjaya mengawalnya untuk mempamerkan rentak sebenar saya," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.
Iklan
Sementara itu, juara bagi acara wanita menjadi milik Shihomi Leong yang menewaskan pemain dari India, Tesjavi, untuk merealisasikan impiannya diangkat sebagai kali ini.
Shihomi juga mengakui walaupun banyak melakukan kesilapan sepanjang perlawanan tetapi tindakan pantasnya yang segera memperkemaskan pukulannya membuahkan hasil.
"Walaupun keputusan perlawanan tampak mudah bagi saya namun hakikatnya bukanlah begitu mudah.
"Saya masih perlu berjuang dan hari ini saya perlu bertarung lebih lama di atas gelanggang.
"Permainan saya agak tidak menentu dan set pertama menjadi agak sengit," katanya.
Dalam pada itu, Presiden Tenis Malaysia, Mirzan Mahathir, berbangga dengan sambutan menggalakkan pemain dari pelbagai negara dan berharap ada penambaikan untuk edisi akan datang.
"Kami perlu terus mencari jalan pada tahun depan agar ranking pemain negara akan terus meningkat," katanya.
Must-Watch Video