Skip to main content

Tenis

Tenis Indian Wells: Nadal, Alcaraz tempah pertemuan separuh akhir

rafaelnadal.jpg
Dua pemain Sepanyol, Rafael Nadal dan Carlos Alcaraz, akan bertemu sesama sendiri dalam separuh akhir Kejohanan Tenis Masters Indian Wells selepas menewaskan lawan masing-masing hari ini.

Nadal menafikan permulaan cemerlang dan kebangkitan Nick Kyrgios sebelum menang 7-6, 5-7, 6-4 dalam suku akhir manakala Alcaraz pula menyingkirkan juara bertahan, Cameron Norrie, 6-4, 6-3.

Nadal kini melebarkan rekod tanpa kalahnya kepada 19 perlawanan berturut-turut sepanjang tahun ini.

Kyrgios, dalam pada itu, kelihatan tidak dapat mengawal perasaannya dengan menghempaskan raketnya ke lantai sehingga hampir terkena seorang pengutip bola di lapangan itu.
 

Must Watch Video