Skip to main content

Tenis

Tenis Indian Wells: Halep, Swiatek bertemu dalam separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

simonahalep.jpg
Bekas pemain nombor satu dunia, Simona Halep, tidak memberikan sebarang ruang buat pemain bukan pilihan, Petra Matric, sebelum menang 6-1, 6-1 dalam Kejohanan Tenis Terbuka Indian Wells hari ini.

Halep berjaya melakukan 75 peratus servis pertama dan memenangi 82 peratus mata daripadanya (27/33).

Matic juga berhasil melakukan 69 peratus daripada servis pertamanya tetapi hanya 36 peratus daripadanya memberikan mata (8/22).

Selepas memenangi game pertama ketika servis di tangannya, Matic kemudian membenarkan Halep memenangi enam game berturut-turut yang turut dibantu tiga faul berganda yang dilakukannya.
 
Dengan kemenangan itu, Halep akan bertemu pemain pilihan ketiga, Iga Swiatek, bagai perebutan ke final.

Swiatek hanya memerlukan tempoh kurang sejam untuk menyingkirkan pemain Amerika Syarikat, Madison Keys, 6-1, 6-1.

Dalam aksi itu, Swiatek memperoleh mata daripada 71 peratus servisnya (32/45) dan apa yang lebih menarik, dia turut memperoleh mata daripada dua pertiga pukulan balasnya (24/36).
 
 

Advertisement

Must Watch Video