Skip to main content

Tenis

Tenis Indian Wells: Berrettini teruskan kemaraan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

matteoberrettini.jpg
Matteo Berrettini cemas sebelum melangkah ke pusingan keempat Kejohanan Tenis Masters Indian Wells hari ini.

Pemain pilihan keenam dari Itali itu bangkit daripada ketinggalan 2-5 dalam set kedua dan menyelamatkan tiga mata akhir sebelum menewaskan Lloyd Harris 6-4, 7-5.

"Saya agak gementar," kata Berrettini selepas perlawanan itu.

"Saya tidak gemar dengan cara saya memulakan set kedua. Saya meluahkan sedikit kemarahan saya, di mana ia membantu. 

"Saya dapat menemui keseimbangan yang betul untuk mengatasinya pada momen penting dan saya kemudian mendapatkan momentum."

Pemain nombor dunia itu kini merekodkan kemenangan game langsung buat kali kelima berturut-turut dan akan bertemu pemain bukan pilihan, Miomir Kecmanovic, yang menewaskan Botic van de Zandschulp 7-6, 7-5.
 
 

Advertisement

Must Watch Video