WTA

Tenis Indian Wells: Badosa, Sakkari rebut tempat ke final

Muzaffar Musa 18/03/2022 | 02:23 MYT
Dua pemain kelompok 10 terbaik dunia akan bertemu dalam separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Indian Wells selepas Maria Sakkari dan Paula Badosa mudah menewaskan lawan masing-masing dalam suku akhir awal pagi tadi.
Pemain nombor enam dunia, Sakkari, tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Ukraine, Elena Rybakina, 7-5, 6-4.
Rybakina memenangi tiga game pertama dan mendahului 4-1 dalam set pertama tetapi jaguh Greece, Sakkari, memenangi enam daripada tujuh game terakhir untuk memenangi set berkenaan.
Sakkari sekali lagi ketinggalan pada awal set kedua, di mana dia kemudian bangkit daripada tertinggal 0-40 dalam game kedua untuk memenangi pertemuan itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dengan kemenangan itu, Sakkari akan bertemu pemain nombor tujuh dunia, Badosa, bagi penentuan ke final.
Pemain Sepanyol itu mempamerkan aksi cemerlang untuk menyingkirkan atlet Russia, Veronika Kudemetova, dengan kemenangan 6-3, 6-2.
Sebagai rekod, Sakkari dan Badosa hanya pernah bertemu sebanyak sekali sepanjang karier mereka di mana Badosa menang 7-6, 6-4 dalam kejohanan di Guadalajara pada November lalu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#WTA #Tenis #Tenis Terbuka Indian Wells
;